Thursday, June 30, 2011

Perempuan & kereta!!


Perempuan tahu bawa kereta? Perempuan tau penjagaan kereta? Perempuan tau komponen penting kereta? Perempuan tau isi minyak? Cuba check sket , anda perempuan yang tahu?

  • Hidupkan kereta beberapa minit di waktu pagi sebelum perjalanan
  • Tukar minyak enjin selepas jarak tertentu atau 3 bulan sekali jika kereta jarang digunakan
  • Periksa air bateri
  • Periksa tekanan angin tayar kereta setiap 2 minggu sekali
  • Tukar tayar kalau tayar pancit

Huh! Tukar tayar?? Macam berat jer? X bley ker buat macam dalam movie yang selak kain goyang2 kaki [yang konon seksi] pastu sretttttt!!! Kereta berhenti & tolong… [walaweyh… dasar movie!!].. cer buat kat Malaysia, ahakz.. GILA!!


*ada gaya cam dalam movie x?


Okay2.. kita guna cara yang lebih praktikal kalau cara tadi agak bangang.. cer cara ni..“Hello b, tayar pancit.. wuuu..T_T. TOLONG!!!!” & dia plak jawab “Eh, you dekat mana? I minta pak Ali jemputkan”. Heh, ko bajet pakwe ko Seth Tan??


Kononnya, En. Mohd Ridzuan Jopri si mekanik di Nusajaza Tyre Center petikan dari utusan katanya ada teknik yang boleh mudahkan cara tukar tayar. Berat tayar & rim hanya 5Kg [ala2 sekampit beras kecik tue].. so, perempuan juga mampu tukar tayar sendiri. At least, x der la panic sangat kalau pak Ali x dapat datang. [heh, dia cakap psal berat rim & tayar jer, nana risau camner nak jack keta & putar2 skru tayar kalau ketat..haa..cuak nih, kalau tayar pancit]


Petua orang2 tua pun ada pesan sebelum jalan pagi2 panaskan enjin kereta dulu.. lepas kereta dah terbiar semalaman, minyak enjin berada di bahagian bawah sebab tarikan gravity. Bila panaskan enjin, minyak akan meliputi semua bahagian enjin sebelum bergerak.

[ader kau buat che kak? nana pun x pernah... hehe.. kereta pun xda!!]


p/s: sekarang berangan nak Evo tapi kancil pun xda... dah nama pun berangan!!


perghhhh.... terbaek!!!!

2 comments:

ezzu said...

owh...pandai jgak lh perempuan bab2 kreta nie kn...hahahaha...

Arryana Nasution said...

sket sgt yang tau nyer haaa...
yang xtau lgi byk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...