holla..holla.. video ni agak klasik by walt disney illustrating cerita tentang lumrah seorang perempuan.. bermula dengan penerangan mengenai tindakan hormon & organ tertentu yang membezakan perempuan dengan lelaki iaitu menstrual.. hormon juga yang membezakan seorang perempuan dengan perempuan yang lain dari segi sifatnya. bagi nana, video ni penerangan dia agak lengkap & sesuai untuk budak-budak perempuan yang belum tahu mengenai hal ini. video ni mungkin membantu sebab penerangannya mudah dan dibantu dengan ilustrasi.. tapi kalau ader versi moden dengan kualiti warna yang lebih baik rasanya lebih baik..
ringkasan untuk video termasuklah:-
- kitar haid sendiri (tetap / x tetap) - pada awalnya mungkin sesetengah perempuan mengalami haid yang tidak teratur, tapi bila keseimbangan hormon berlaku haid akan mula teratur.. common cycle untuk kebanyakan perempuan ialah 28 hari.. namun, perempuan boleh kira sendiri kitar haid untuk tahu regular cycle masing-masing.
- kalender peribadi- dengan penggunaan kalender peribadi, catatan tarikh untuk hari pertama & hari datangnya haid boleh dicatatkan.. maklumat begini penting agar perempuan arif mengenai keadaan dirinya. bagi perempuan yang bakal menimang cahaya mata, hari pertama kali terakhir haid akan menentukan umur bayi dalam kandungan.
- hygiene (kebersihan diri)- penjagaan kebersihan penting untuk perempuan tambahan pula time period. rasa tidak selesa memang normallah. mandi mesti kena bersih. time period, kelenjar peluh pun aktif jugak..
- kesihatan diri- dari segi fizikal & emosi. emo time-time period memang lah normal. sebab kehilangan darah buatkan perempuan rasa letih & irritated. so, jangan cari pasal lah time-time-time ni.. silap besar!
- exercise (senaman)- senaman boleh juga membantu hilangkan rasa senggugut. malah amalan bersenam membantu dalam penjagaan kesihatan.
- PMS (premenstrual syndrome)- simptom-simptom yang dialami bila period berbeza antara perempuan. mungkin ada yang perlukan ubat tahan sakit.
- postur badan- postur badan haruslah tegak mengikut anatomi manusia agar dapat berfungsi secara normal dengan mengelakkan postur yang membongkok.
- atasi sembelit- dengan banyakkan pengambilan serat & banyakkan minum air kerana sembelit secara anatominya telah mengganggu kedudukan organ-organ yang terlibat.
No comments:
Post a Comment