Tuesday, August 23, 2011

FAKTA I 6 fakta tentang Labah-labah


  1. Labah-labah boleh bergerak ke tempat yang lebih tinggi dengan bantuan angin yang dikenali sebagai 'spider balloning'. Dimana labah-labah akan memancutkan benang sutera ke atas dan membolehkan angin meniupnya ke atas. Badan labah-labah yang ringan turut membantu.. [Menarik kan?? x pernah nampak la plak..Selalunya labah-labah yang MG pernah nampak dah tergantung dari atas ke bawah!!]
  2. Labah-labah akan meninggalkan jejak dengan benang suteranya yang dikenali sebagai 'dragline'. Dengan 'dragline' juga biasanya labah-labah jantan menemui labah-labah betina... [MG kalo jumpa labah-labah selalu sapu jari kat belakang jejak labah-labah.. lepas tu angkat tangan... labah-labah tue pun tergantung-gantung sebab memang ada benang dari belakang dia..]
  3. Labah-labah hanya makan dalam bentuk cecair..Biasanya serangga akan dilumpuhkan dan bisa disuntik untuk menukarkan bahagian dalam serangga kepada cecair untuk disedut labah-labah. Maka serangga yang biasa dijumpai di sarang labah-labah akan kelihatan normal tetapi kosong di dalam.. [MG pun selalu jugak jumpa serangga yang kosong nie kalo buang sarang labah-labah.. leper jer.. xpun berlubang-lubang sket]
  4. Labah-labah jantan biasanya akan dibunuh labah-labah betina selepas mereka mengawan.. Labah-labah jantan akan menghasilkan getaran menyerupai serangga lemah yang terlekat di sarangnya sebagai tanda kehadirannya.. Labah-labah jantan juga akan menari dengan kaki hadapan untuk menarik perhatian labah-labah betina .. Selepas mengawan, labah-labah jantan akan meninggalkan sarang labah-labah betina untuk mengelakkan dari dibunuh. [kira tough jugak r labah-labah jantan ni kalo nak date labah-labah betina.. siap menari agy..romantik gitue.. haha.. cam header kat atas tue kot!!]
  5. Labah-labah jantan lebih kecil berbanding labah-labah betina.. [owh.. silap la MG design header labah-labah jantan agy besar.. uppss!!!]
  6. Penglihatan labah-labah adalah terhad ...Oleh itu, labah-labah bergantung kepada getaran pada sarangnya untuk mengesan mangsa yang terperangkap dan bergegas untuk membalut mangsa dengan bebenang suteranya..


2 comments:

Zul fattah said...

minat labah2 eh?

Arryana Nasution said...

hahah.. ok2 jer.. xda la minat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...