Friday, January 20, 2012

Kerana kita manusia...


image source: sini

Salam sapien-sapien sekalian,
Dalam hari-hari yang kita tempuhi pastinya ada hari yang buatkan hati kita rasa goyah... Terasa kurang rasa nak berusaha dan terus maju ke depan. Cabaran-cabaran yang remeh-temeh dan terus-menerus buatkan kita lemah. Tapi seharusnya kita sedar dan sentiasa ingat sesungguhnya Allah tidak menduga melebihi kemampuan kita.. kerna sesungguhnya kita yang harus sedar, kita sememangnya insan-insan yang kuat dalam menghadapi dugaan... Biarlah hari ini, kekecewaan buatkan dirimu bodoh dalam bertindak kerna hari esok dirimu harus bangkit dengan tabah...
Dalam hari-harimu, biar dimarah, dicaci ataupun dikeji... jadilah orang yang berdiam diri dari mengatakan yang salah... sememangnya susah, tapi berkata-katalah seindah kata Luqman al-hakim... Dengan demikian, lidahmu setajam pedang...Pepatah lama, diam-diam ubi berisi...
Sesungguhnya MG memperkatakan hal ini pada hari ini bukan kerana MG seorang penulis yang bermain dengan kata-kata tetapi nukilan ini hasil kerana emosi MG yang berkelana... Semalam MG dimarah, mata bertentang mata.. he was shouting on my face... there you have it... the story of my life... but today, he was smiling and work well with me...

Hanya kerana kita manusia...



--->

2 comments:

Myra Abdullah said...

betul..andai bercakap tetapi disalah anggap,lain pulak jadi..
biar pun berdiam dan menahan rasa marah/sakit hati..berdoalah agr Allah kuatkan hati supaya tabah menghadapi semua dugaan ini..
huuuhu

Arryana Nasution said...

betul tue mira...
kadang2 lain yang kita cuba nak sampaikan...
tapi lain pula yang orang faham...
semoga allah permudahkan urusan kita, i'allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...