Holla..holla... Good morning people... Lately, MG layan movie DR. HOUSE siri yang lama-lama tue.. siri 1, siri 2 and sekarang dah siri 3.. MG suka tengok cerita DR. HOUSE ni. Respon dia kelakar and MG punya dahi pernah terkena hot curler sebab gelak sakan tengok DR. HOUSE. So, moral of the story is --> control sket gelak bila pegang benda-benda panas.. (^_^) and the idea of male menopause pun datang dari cerita DR. HOUSE jugaklah..
Balik pada isu "insan bernama lelaki boleh menopause kah??"
Male menopause atau andropause adalah kadar testosterone yang berkurangan apabila lelaki semakin berusia ataupun disebabkan proses penyakit seperti diabetes. Menopause bagi wanita berlaku apabila wanita itu mengalami putus haid selama setahun dan dikenali sebagai post-menopause selepas tempoh ini (merujuk kepada Williams Gynaecology,2008).
Simptom-simptom bagi lelaki yang mengalami male menopause ialah-->
- Perubahan fungsi seksual (kurang kehendak seks, kurang libido)
- Perubahan paten tidur (insomnia atau tidur berlebihan)
- Perubahan fizikal (Lemak bertambah, otot berkurang. letih)
- Perubahan emosi (Kurang motivasi atau keyakinan diri, depression)
Diagnosis dibuat setelah doktor melakukan pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang simptom-simptom yang dialami. Antara ujian diagnostik yang akan dibuat adalah ujian darah yang melibatkan ujian kadar hormon testosterone dalam darah.
Antara rawatan yang disyorkan adalah terapi penggantian testosterone, bersenam, cara pengambilan diet, cara atasi stress dan ubat anti-depression. Terapi penggantian testosterone dikatakan dapat mengurangkan kadar risiko penyakit jantung. Terapi ini juga dapat menigkatkan libido, mengurangkan tekanan dan keletihan.
So, male menopause atau andropause sememang-memangnya wujudlah. Lelaki memang tiada masalah untuk menghasilkan sperma walaupun sudah berusia, tidak seperti wanita. Cuma penghasilan sperma mungkin semakin berkurang kuantiti dan kualitinya bergantung kepada individu. Walaubagaimanapun penghasilan sperma yang tidak berkualiti mungkin menghasilkan anak yang kurang sempurna..
--->
No comments:
Post a Comment