Sunday, February 24, 2013

If you ask me - About telan kahak?





Assalammualaikum dan Salam ceria semua... 

Harap korang having a good time bagi yang bercuti mahupun yang sedang bekerja..


Last time, my aunt tanya kalau telan kahak tak per ker?? 



Well, from her perspective kalau masuk perut (esofagus) jadi camna?? and kalau masuk salur pernafasan (trakea) lak jadi camna??



Heh?? So, MG pun macam terfikir kejap.. Apakah??



So, I've googled a few articles that I would like to share it with the rest of you...


Tentang apa itu kahak>>>



Kahak (expectorate/ phlegm) adalah rembesan mukus yang keluar dari tekak.


Kahak adalah cecair yang pekat, melekat yang dihasilkan oleh selaput mukus (mucous membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan (trakea) daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila kahak berkumpul ianya akan ditolak ke atas oleh silia (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.


Kahak yang terhasil merupakan sebahagian daripada mekanisma sistem pertahanan badan yang memerangkap habuk dan bendasing daripada masuk ke dalam sistem pulmonari/ pernafasan. 



Walaubagaimanapun, kahak yang terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijauan mungkin disebabkan oleh penyakit seperti masalah saluran pernafasan yang kronik, allergik atau jangkitan virus.



Jika anda seorang perokok dan menghasilkan kahak berwarna coklat atau kelabu, take note yang itu tanda mekanisma badan cuba beri amaran yang anda merokok terlalu banyak. Berhentilah merokok sebelum anda jumpa darah dalam kahak yang mungkin juga adalah tanda jangkitan salur pernafasan, tuberculosis (TB) atau kanser paru-paru.



Kahak yang masuk ke dalam sistem pernafasan?? >>>



Oleh itu, menelan kahak mungkin menyebabkan ia masuk kembali ke sistem pernafasan. Dalam erti kata lain, habuk dan bendasing yang sepatutnya dikeluarkan dari sistem badan masuk ke sistem pernafasan.



Kahak yang masuk ke dalam sistem pencernaan?? >>>


Kalau kahak masuk dalam sistem pencernaan pula boleh menyebabkan sembelit, muntah dan nafas berbau.


Sembelit disebabkan oleh phlegm yang terlalu banyak di dalam perut menyebabkan saluran pada sistem pencernaan tersumbat.



Selai itu, pening dan muntah juga mungkin disebabkan oleh phlegm di dalam sistem pencernaan dan mungkin bertambah serius ketika selsema atau jangkitan sinus.



Nafas berbau pula mungkin terjadi apabila phlegm diurai bakteria yang terdapat dalam tekak dan perut menghasilkan sulfur yang menyebabkan nafas berbau.




Dari sudut ilmu feqah pula:-


Telan kahak ketika sedang berpuasa?? >>>



Telan kahak yang belum sampai ke bahagian mulut iaitu masih berada di tengkuk tidak membatalkan puasa.



Tetapi kahak yang sudah sampai ke bahagian mulut yang sering dipersoalkan kerana terdapat perbezaan pendapat.



Pendapat pertama, menurut ulama Syeikh Uthaimin, menelan kahak tidak membatalkan puasa jika ditelan tetapi HARAM menelannya dengan sengaja kerana kahak dianggap sebagai kotoran.

(Pendapat Mazhab Hanafi, pendapat muktamad dalam Mazhab Maliki dan satu riwayat dalam pendapat Hambali menyatakan menelan kahak tidak membatalkan puasa kerana mereka menyamakan seperti menelan air liur)


Pandangan kedua pula mengatakan kahak yang berada di dalam mulut dan ditelan dengan sengaja membatalkan puasa dan wajib qada puasa.

(Pendapat Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali juga turut berpendapat menelan kahak membatalkan puasa)


Seeloknya kita turut MAzhab Syafie, tetapi sekiranya seseorang itu kahaknya tidak putus-putus dan amatlah sukar untuknya sentiasa membuang kahak, maka bolehlah dia mengikut Mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan menelan kahak itu tidak membatalkan puasa.



Manakala, telan kahak ketika solat pula?? >>>

Ada pendapat mengatakan telan kahak ketika solat tidak batal solat kerana kahak dianggap air liur juga. Tetapi seeloknya, jika tidak selesa buanglah kahak terlebih dahulu.

Menurut hadis dari Abu Hurairah:-  

Nabi Muhammad S.A.W melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda: "Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang itu sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangnya kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu."


So, itulah sedikit sebanyak yang dapat MG kongsikan pada kali ini setelah lama tak update blog.


Last but not least, boleh tolong like gambar kat sini tak ??

Thanks ya..


Bye..bye..



7 comments:

Shazwani Ramly said...

nice info. :DD thank you.

Arryana Nasution said...

your most welcome
thanks for reading

ARJUNA.Inc said...

oh..info ni sgat bgus!!...hehe..tertanya2 td...da dpat jwpan...tq model!!..hehe

Arryana Nasution said...

hahah...
ur most welcome

Arryana Nasution said...
This comment has been removed by the author.
Mie said...

Hahaha! As much as sesape pon
malu nak ngaku, i think it happens
to a lot of us.

Specially time da tebatok tu,
then tade plok tisu and toilet
jauh plok and kite pon tanak
ludah merate kan.

It happens. LOL

Arryana Nasution said...

na jimi: hahha.. so true.. it does happen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...