Saturday, January 3, 2015

SKY TRAIL @ DISTRICT 21

Hollaaaa baby, okay post kali nie MG excited lebih sikit sebab dah lama sangat plan nak pergi sky trail tapi tak ada kesempatan... busy on call, and cuti lak tak sama dengan my kazen... cuti kalau on call pun tak leh nak pergi sebab putrajaya tue jauh sangat dari hospital tak boley nak respon within 30 minutes...

So, maybe rezeki new year, semua cuti, semua ada... and naseb baek lah my kazen expert bab planning ... MG memang nak redah jer,buruk perangai jangan ikut..

Dia dah korek tips nak pergi District 21.. even flow nak register pun dia dah confirmkan.. pergi kaunter mana dlu.. lepas tue nak masuk ikut mana.. kalau korang dah tau ... lagi cepatlah korang boleh masuk dalam.. sebab masalah utama ialah orang ramai...

TIPS kalau nak pergi try sky trail:-

1st- Pergi awal sebab senang nak cari parking...percayalah, anda akan menempuhi lautan manusia bila hari semakin petang...

2nd- makan kenyang-kenyang secukupnya supaya tak kelaparan time tengah berseronok... rugi kalau nak keluar-keluar pergi makan sebab makin petang makin ramai.. nak kena beratur lagi panjanglah...

3rd- Pakailah pakaian sukan yang selesa untuk korang buat aktiviti sebegini and pakai sport shoes.

4th- Ketinggian minimum untuk sky trail is 155cm, kalau tak sampai, simpan angan-angan nak try..boley cuba games yang lain..

5th- Sky trail start tengahari and bukan dari pagi, so pergi maen yang laen puas-puas dlu... pastu standby utk sky trail.. percayalah.. lama menunggu dari bermain...tapi nescaya puas hati...

6th- the most important is DENGAR ARAHAN BETUL-BETUL!!!! saya ulang FOLLOW THE INSTRUCTION!!! nescaya smooth jer korang boleh sampai last check point...try macam mana korang nak carry safety hook sepanjang trail... u r on your own nanti....

7th- Be brave and challenge urself.. kalau korang takut-takut, nescaya stuck lah orang yang belakang-belakang korang.. like i said before.. tunggu orang lagi lama dari main...so, be considerate... jangan nak takut sangat... semua safety measures dah ada... saya ulang BE BRAVE!!!

8th- Owh lupa... pastikan korang tak takut dengan ketinggian sebab sky trail memang track dia tinggi.. dah nama pun sky trail...

Enough tips.... Yang lain tue more to challenge.. Good luck guys and girls...

So, ni antara gambar-gambar challenge atau halangan yang korang kena tempuh time sky trail... sorrylah gambar nampak bayang jer sebab bertentang dengan cahaya.... and track pn dia tak buka habis semua sebab ramai yang tak lepas dekat halangan yang susah...

Enjoy and have fun.. adios....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...