Thursday, September 15, 2016

MENCARI AL KHOBAR BUATKU BERDEBAR


Assalammualaikum dan Salam Aidiladha. Entri kali ni nak bercerita pengalaman 4 hari di Al Khobar. Bila ada kawan-kawan yang tanya Al Khobar kat mana? Senang kata luar Riyadh. Sedangkan sebelum google image di atas, MG pun tak tahu rupa-rupanya Bahrain ni dah dekat dengan Qatar. (kwa kwa kwa..) Perjalanan dari Riyadh ke Al Khobar ambil masa 3-4 jam dengan menaiki kereta. Tapi jaga-jaga, ada speed trap!! Syukurrrr sangat-sangat dapat ikut Abang Shukor, kak Asmida sekeluarga dan tak lupa juga roommate kita kat sana, Kak Katherine. (hahah.. sengaja letak nama abang shukor dulu..geddit?? syukur shukor,. :p)


MC compound KAMC


Hari -1 
Kami gerak dari Riyadh pukul 9. Nampak panas tak dalam gambar di atas? Sebabnya memang panas sebenarnya walaupun baru pukul 9, sebabnya sekarang musim panas. Dulu sebelum datang sini macam pelik jer bila orang cerita Saudi ada musim panas dan musim sejuk. Bila datang sini baru faham. Cuma tak merasa lagi jer betapa sejuknya musim sejuk disini, sebab aritue datang sini dah hujung2 musim sejuk (hujung bulan 3). Tapi kan, Al Khobar cuaca rasa macam lebih kurang kat Malaysia, panas dan lembap.. sebab kat Riyadh panas dan kering. 

ODW sempat singgah breakfast nasi lemak bungkus.. legend weyh!! Lawak pun ada!! TQ chef.

Tibanya di Al Khobar, kami terus check in hotel apartment yang memang strategik, Sebabnya dekat jer dengan mall seperti Hyper Nesto, Centre Point, Hazzaz Alkhobar dan Al Rashid Mall. Yang seronoknya, MG jalan kaki jer pergi Hyper Nesto, Centre Point dan Hazzaz Alkhobar sebab betul2 depan hotel yang kitorang duduk iaitu Grand Plaza Hotel. Hotel ni baru lagi, not bad... besar dan selesa..Ada wifi, tv, aircond. 2 bedrooms (1 master bedroom dan 1 lagi ada 2 single beds) and 2 toilets. Kalau nak pergi ramai2 boleh tong2 okeh. Tapi semat di ingatan, kat sini, lelaki ja boleh drive okeh!! So, first check point lepas check in hotel, checkadout Al Rashid Mall. Sekali jumpa Dip&Dip daaa.. First time MG makan terus jatuh cinta.. hahah.. sedappp!!

MG try air lemon mint.. konon kasi potong itu cekelat.. perghhh masam!!
Dah isi perut senang hati, seterusnya jalan-jalan kat salah satu attraction yang ada di Alkhobar iaitu Corniche Alkhobar atau senang faham, pesisir pantai. Sebab time sampai Corniche dah hampir gelap, maka gambar2 phone MG suram2 jer, almaklumla gambar dari phone.

Image result
Gambar ihsan google.. sebab gambar i xder rupa ginie dekat.. 
Orang sini picnic tepi pantai malam2.. maybe sebab malam sejuk kot..
Tengok sebelah kiri yang kaler purple tue la Corniche nyer landmark..
Malam2 pun boleh lepak sebab lampu macam stadium..kan?
Sekali lagi .. Corniche landmark kaler purple.. dia tukar2 kaler sebenarnya..


Hari -2
Pagi2 dah breakfast di Al Madinah- Indian restaurant di Prince Muqrin Street (16 street) Alkhobar. MG makan dosa a.k.a tosai.. masyaallah.. sedapppp.. tengoklah sendiri rupa tosai dia dah macam roti tisu... tapi ini tosai crispy manyak sedappp.. aduhhh... terbayang2 sedap dia kat tekak den.. auuummm...

Dosa a.k.a tosai

Tengoklah saiz dia... bapak besar.. I tak larat nak habeskan..

Later, singgah Half Moon beach.

Malamnya plak, MG singgah Al Hazzaz, masyaallah berkenan kat talam depa cantik2 tapi mahal noksss.. hampir2 nak beli tapi dok pikiaq acaner nak bawa balik.. Last2 tak jadi beli..

Cantik kan??


Hari - 3
Singgah King Fahad Causeway bridge. Sorry, gambar MG pinjam google sebab lagi jelas dan senang nak explain betapa cantik warna laut kat tengah2 bridge ni. Memandangkan kami semua tak ada exit reentry visa, makanya tak bolehlah masuk Bahrain. So, lepak jer lah layan angin laut kat sini.. Cantik laut dia.. biru sebiru-birunya.

Image result
pinjam google sebab nak tunjuk laut biru cantik

Image result
So, macam dalam gambar, bridge tue menghubungkan Saudi & Bahrain

Image result
Hampir2 panjang jambatan ke-2 Pulau Pinang (15 miles)
Dah puas hati dapat tengok laut, barulah singgah Desert Design, salah satu attraction di Alkhobar. Sesuai untuk cari souvenirs dan barang2 hiasan rumah.. tapi surveylah betul2 sebab sesetengah barang boleh dapat di Riyadh jugak dengan harga yang sama... 

Image result
Pinjam google jugaklah.. DESERT DESIGN ALKHOBAR

Barang cantik2.. hampir2 nak beli lampu genie aladdin 
Cantik cawan2 dia tapi kaca 
See.. dia dah susun cantik2 macam kat rumah
Tingkat atas ada art gallery
Selesai di Desert Design, pulanglah kami ke hotel.. Semua dah penat, badan nak rest jugak lepas seharian berjalan.. Dan sebab malam raya, MG wechat call ke Malaysia bersembang dengan family tengah syiokk ja depa dok baham lemang yerrrr.. Tak perlah, kitorang sini belasah nasi arab + nasi ayam penyet + satay + tom yam jer.. hahah.. Seronok jugak mixed meal camni. Tapi sengkak perut kita makan banyak.. adudui..

Rezeki malam raya.. Alhamdulillah.


Hari - 4 (last day)
Breakfast di Madeleine, French Bakery & Brasserie sebelum bertolak balik ke Riyadh. Dapat jugak MG merasa makan ala2 di Paris gitue.. (1st time jugak.. kesian kat I.. hahah).. So, MG ordered Focaccia Tapenade, fuhh penat den mencarik apekemender la MG makan sebab sedap.. order atas recommendation sebab tue tak tau.. ngehee.. (^_^). Menurut kamus, focaccia ni sebenarnya large round flat italian bread.. Senang citer, nak macam pizza gak rupanya.. Erkk...Pada pendapat I la.. the most similar food yang MG mampu nak compare...

Focacia Tapenade
Sempat ajer kalau bab nak bergambarnyer.. kenangan oi..
Ginilah rupa cafe nyer..  Masuk2 dah rambang mata tengok kan?
Lebih dari 2 meter gak panjang kaunter dia.. haru biru otakku..
So nice, breakfast pagi raya ala2 paris walaupun kat Alkhobar gitue..
Well, maka berakhirlah 4 hari di Alkhobar yang buatku berdebar-debar menanti makanan2 enak ketika kelaparan. In conclusion, I enjoyed this short trip so much. It's better dari terperuk kat Riyadh yang tak semegah yang disangka.. OK darling, until next time, enjoy your raya.. Jangan makan daging banyak2 sampai tak ingat dunia okeh.. tadeluuu ~~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...