Tuesday, July 10, 2012

Hingga hujung nyawa..

- Image source: kaki bising dot com -

Wahhh..wahhh... akhirnya kawen jugak Pok Deris dan Mok Ani.. Untungnya MG dah jumpa kedua-duanya sebelum bergelar suami isteri semasa lawatan ke Rumah Sri Kenangan. Pada hari lawatan, ada member minta MG jadi emcee tak formal secara spontan.. Apa lagi, MG ambil kesempatan menyakat kedua-duanya.. Sweet sangat, walaupun ini bukan perkahwinan pertama tapi kedua-duanya masih lagi malu-malu bila ditanya tentang perkahwinan mereka.. MG mula-mula interview Mok Ani, dalam senyum malu-malu dia tidak mengulas apa-apa tentang bakal suaminya dan menolak agar bakal suaminya yang ditanya terlebih dahulu.. Makanya, MG pun ikutlah rentak mereka dan mula bergerak ke arah Pok Deris untuk ditanya tentang perasaannya menjadi raja sehari sekali lagi.. Pok Deris mengucapkan rasa bersyukur bertemu Mok Ani namun tidak diulasnya perasaannya terhadap Mok Ani  melainkan tunduk dan senyum malu-malu juga seperti Mok Ani. Rupanya dua pasangan ni cukup pemalu apatah lagi hendak menceritakan tentang perasaan mereka.

Menurut staf Rumah Sri Kenangan, Pok Deris seorang yang bertanggungjawab dan rajin dan mungkin itulah sebabnya Mok Ani jatuh hati kepada Pok Deris. Dan jika dilihat senyuman manis Mok Ani yang berperwatakan lemah lembut, siapalah yang tak jatuh hati melihatnya.. Apa-apapun MG ucapkan tahniah kepada pasangan merpati sejoli ni. Sedondon dengan warna merah jambu... sweet sangat... Semoga berbahagia hingga hujung nyawa.


-->

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...