Sunday, November 2, 2014

FROM INDIA WITH LOVE....


Hai ..hai ..hai... dah cukup sebulan peram boleh up post dah kot...Sampai tidur and dah bangun balik lah tunggu gambar upload.. amboiiii cengggitu sekali. Maka ceritanya begini, sebelum ke India lagi dah teringin nak makan laddu sebab pengaruh cerita-cerita Hindustan. So, MG beli satu kat airport untuk cuba acanerlah rasa laddu ni. Untuk pengetahuan korang, rasa dia mak aih manis gila, even MG penggemar makanan manis pun jenuh nak menelan and dia ada rasa pedas rempah-rempah sket. Rupa laddu yang MG try macam dalam gambar tue ha...


Team kitorang aritue gerak dari KLIA2 ke Kolkata sebelum naik flight seterusnya ke Guwahati untuk ke Assam India.Tibanya disana, dalam perjalanan ke tempat penginapan kami melalui kawasan penempatan mangsa banjir. Kesian tengok diorang, tinggal dalam khemah ja sebab harta benda dah hanyut waktu banjir barangkali. Kehadiran kami di situ menarik minat penghuni di situ especially kanak-kanak, tapi sayangnya MG sendiri pun tak pandai bahasa Assam mahupun Hindi. Pernah tengok ayam cakap dengan Itik?? Masing-masing tak faham tapi nasib baik dulu-dulu rajin layan hindustan so faham lah bila dia tanya datang dari mana? So, buat-buat faham and jawab "Malaysia hey", lain dari tue, MG geleng-geleng kepala ajer yang mampu.Kami teruskan perjalanan dan bercadang untuk kembali semula ke tempat penempatan mangsa banjir kemudian hari.



Seterusnya, beberapa gambar di sekitar kawasan penginapan kami, sekali pandang macam dekat kampung-kampung jer kan?



Perhiasan dinding

One of my favourite.. ahaaa... inilah dia, ala-ala roti goreng. asalkan dia goreng tak berminyak memanglah tak cukup jer satu pinggan pun.. Tambahan pulak teh dia pun sedap sebab rasa macam guna fresh milk, Tapi sayang tak sempat nak menikmati sangat sebab kejar-kejar masa nak ke tempat perhimpunan utk solat sunat aidiladha



Kenderaan kami untuk hari itu
Bagi gula-gula untuk budak-budak
 Tibanya di tempat perhimpunan, rupa-rupanya tak ada tempat pembahagian sembahyang untuk perempuan dan diorang ni sembahyang pun dekat tempat terbuka atas padang rumput jer. Budak-budak pun dah siap pakai baju cantik-cantik nak beraya.



Kakak dia minta amikkan gambar adik dia..

Kalau nampak pagar hijau belakang tue, kat area dalam pagar hijau lah diorang solat dan diluar pintu masuk duduklah berbaris fakir miskin untuk terima sedekah dari penduduk yang hadir pagi tue. Cara diorang solat pun ikut mazhab hanafi ada beza sket dengan mazhab syafie.Selesai solat, kami teruskan perjalanan ke kampung-kampung yang telah dipilih untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah disana.







Selesai di satu kampung, kami akan bergerak ke kampung seterusnya. Gambar di bawah adalah gambaran kampung-kampung lain yang sempat dirakam sepanjang perjalanan MG disana


Terkejut kita, tetiba satu rumah ni siap ada airtel .. haha

Ustaz Yusni dgn anak penduduk setempat
 Selesai korban di semua kampung-kampung terpilih, kami dijemput ke rumah saudara Syafiq Rahman untuk menjamu santapan hari raya. fuh marvelous kari daging dia... menjilat jari..
Ibu dan juga merangkap guru besar.. jgn pandang sebelah mata.. most of their citizen educated okeh...
Geram.. nak bawa balik tak boleh
 
Nyum nyum sedap... makan atas katil... fuhhh.. ase macam princess
 Selesai satu hari, hari seterusnya kami teruskan perjalanan ke kampung-kampung yang lain pula. Cuaca dah sama panas macam di Malaysia dah...
Add caption
Mari teruskan perjalanan


Suasana waktu berlangsungnya ibdah korban dan akikah

Pinjam basikal pusing-pusing sket
Ole-ole sket dari India... katanya Assam tea famous in the world.. Cek xtau, cek minum teh BOH ja

Ayuh ke Kolkata
Jom..jom.. panas ni..

Nampak inspektor sahab... tergedik-gedik minta nk amik gmbar.. haha

Omaigod... eksited nak naik teksi kuning

MG snap sebab tertarik dengan uniform design

ARSALAN RESTAURANT nasi timbun-timbun



Kalau western ada dessert India ada ni..acer teka..

Korang kiralah sendiri RM1 = 18.8 rupees waktu tue..


Penjaga pintu... Rasa macam kat Hollywood kejap


Eksited nak naek tut tut a.k.a auto plak

Diorang tgh rehat-rehat

Kitorang sibuk snap gambar

Abg Sham siap senaman malam agy.. (lakonan semata)

Diorang bukan access free wifi tapi register wifi tapi bapak laju bila dah dapat connect...

Tengok wayar dia... bersirat.. errr okay Aishwarya Rai lagi menarik...

hehe ayam tunggu turn nk sembelih

Dah berapa hari kat sini baru jumpa beggar.. sampai ketuk2 tingkap pegang tangan bagai minta sedekah

Dekat pintu masuk Acharya Jagadish Chandra Bose Indian Botanic Garden... 
 Sebab ramai request nak g shopping ..tak jadi masuk Botanic Garden.. So..ada satu kedai ni lak.. kalau beli banyak dapat beg besar kalau tak beg kau dapat kecik sket  .. hahha.. kelakar lak ase..
Ini yang beli banyak

Yang beli sederhana banyak

Yang beli sikit

Singgah solat Zohor di Masjid Tipu Sultan ada sorrang pak cik tua.. bersih jer muka dia.. :)

Omaigodd.. tak ingat nama tapi sedapp uollss

Ganga River from my Note 3 ...

Ganga River ride... pusing2 gitue jer...hahaha

Nak menembak pun boleh kat Sg Ganga

Singgah new market shopping lagi cari ole-ole.. payah btoi nk cari keychain,, byk saree jer

Dalam payah-payah pun penuh satu teksi beg saja... haa amek kau

The Queen Victoria Memorial... senget sket bagi masuk dalam gambar..

Fuhhh ... dalam Note tak yah edit pun dah nampak antik sangat... hahha... 

Sibuk sangat jalan kat memorial sampai ada pulak 2 insan yang sesat... tgh tggu diorang la ni..
Fuhhh... flight jgn tinggal kami naa...

Dan akhirnya sebelum check in kena beratur lama sangat sebab system down...

Puhhh.. akhirnya sampai ke hujung post.. gambar banyak sangat tak dapat nak kongsi semua.. sorry... Sekian dari saya, MG signing out..

For any inquiry regarding Amal Malaysia Foundation, kindly contact/
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Yayasan Amal Malaysia sila hubungi:-

Encik Hamid Seman : 013-9279256



2 comments:

Anonymous said...

Ah siap nama dan no tel AkuHamid Seman lagi

Najib Ariyan Ali Basha said...

bestnya dapat pegi tempat2 yg antik dan purba macam tu... saya suka kalau dapat pegi... usia sejarah yg ribuan tahun... nice

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...